blablablog

of facts and craps, news and views

Aku tengok jam.

Hampir pukul 3.
Hari ni dah 9 Oktober.

Patutnya team BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat) nak serang Malaysia melalui Kalimantan, masuk ikut Pontianak (Sarawak) dgn Nunukan (Sabah), semalam. Ini yang aku baca thru interview wartawan theStar dengan leader BENDERA, Adian. [link]

Tapi sampai hari ni takde pape pon. Aku bukan nak sombong or riak. Hati pun mcm takut sikit.

Sebab dorang cakap dorang kebal.
Sebab dorang cakap dorang ada ilmu.
Sebab dorang cakap dorang dah masuk senyap-senyap.
Sebab dorang cakap dorang dah pakat dengan pekerja Indo kat sini.

Tapi, masih tunggu jugak. Kot-kot ada chaos dkat Kuching. Kalau ikut plan dorang, 200 orang datang dulu, yang lain akau menyusul kemudian. Kalau ikutkan jadual dorang, ni aku summary kan:

9 Oktober - 200 orang akan ke berangkat dan dijangka tiba di Malaysia 14 Oktober (lama tu, dorang jalan kaki kot)
11 Oktober - 125 orang
15 Oktober - 125 orang lagi
17 & 19 Oktober - 600 orang
22 Oktober - 400 orang
25 Oktober - team terakhir, 50 orang team medik (siap ada team medik tu)

so complete 1,500 orang yang akan datang Malaysia.
jadi tah tidak, aku tak tau. harap dorang ni main2 je la.
kalau jadi datang pun, takut2 semua terus mintak kerja kat sini

Wallahualam





1 comments:

Harap2 semua takkan berlaku.. Amin

Related Posts with Thumbnails

Followers

About The Blabber

My Photo
Kuala Lumpur, Malaysia
he's just another joe you happen to meet on the streets, in your bio class, in the elevator of your apartment. you know him, and soon will forget where did u meet him. he's insignificant like that :)
There was an error in this gadget

Recent Comments

ShoutBox


ShoutMix chat widget

Friends' Blogs